SEGERA Bapa Saiful Tarik Permohonan Maaf Pada Anwar Akui Kes Liwat Anaknya BENAR

SEGERA: Bapa Saiful Tarik Permohonan Maaf Pada Anwar, Akui Kes Liwat Anaknya BENAR


KAJANG ? Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.
Mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.
Pada 8 Mac lalu Azlan Mohd Lazim gambar dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.
“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.
” Ia bukan satu konspirasi politik ” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel di sini.
MENYUSUL LAGI. – The Malaysian Insider.

P/S - Jap2... Dia ni, mana satu yang betul ni?? betul ke tidak anwar meliwat ni?? Kejap itu kejap ini.. haizzz... poning2!!

Tidak Benar Ribuan Pejuang Sulu Sedang Menuju Ke Sabah

MNLF


KUALA LUMPUR – Laporan sebuah media berpengaruh Filipina (Philippine Daily Inquirer) bahawa ribuan pejuang kaum Tausug dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi telah belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Jamalul Kiram III adalah tidak benar.
Sumber perisikan memberitahu Mynewsub.my, dakwaan itu telah diketahui mereka lebih awal tetapi mengesahkan bahawa ia  adalah tidak benar dan tidak berasas.
Laporan Philippine Daily Inquirer itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab yang memberitahu;
“Kami tidak boleh lagi menghentikan kaum kami. Ramai antara kami yang marah dan kebanyakan mereka, termasuklah golongan bukan pejuang, akan pergi ke Sabah bagi membantu tentera Sultan Sulu di sana,”.
ribuan sedang berlayar
Mudjahab berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang Tausug dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah menyertai kumpulan pengikut Sultan Jamalul Kiram III dan mereka kini sedang bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina yang dikenali sebagai “southern backdoor” (jalan belakang selatan), laluan yang biasa digunakan oleh para pedagang kecil.
Mudjahab berkata, kumpulan bantuan itu belayar dalam kumpulan kecil agar mudah bagi mereka untuk memasuki Sabah tanpa disedari.
“Sekatan tentera laut tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kami, kumpulan tentera sedar akan perkara itu. Kami telah berjaya melepasi sekatan mereka ketika rejim Marcos. Kami boleh memasuki Sabah dengan mudah dan tidak mendatangkan sebarang syak,” tambah Mudhajab.
Beliau mengulas tentang sekatan tentera laut yang dilakukan oleh pasukan Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai bagi memastikan tiada sesiapa pun yang akan membantu tentera Sultan Sulu yang kini berada di Sabah.
Beberapa hari lalu, Mudjahab berkata bahawa beliau telah menasihati beberapa komander MNLF supaya tidak ke Sabah bagi membantu sekumpulan 200 penceroboh di Lahad Datu yang tiba pada 9 Februari lalu bagi mendapatkan hak kesultanan di Sabah.
“Saya telah memberitahu mereka supaya tidak memberi sebarang arahan kepada pengikut mereka dan jaga emosi mereka terhadap perkara ini. Namun, Presiden Benigno Aquino III sering berpihak kepada Malaysia. Ini telah menaikkan kemarahan kaum kami. Presiden perlu sedar bahawa kaum Tausug kini sedang ditindas, dan kami perlu bangkit,” kata Mudjahab.