Raja Azmi Bakal Bertunang 15 Julai

Raja Azmi

PETALING JAYA – Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini.
Menurut laporan Kosmo! pada Selasa, Raja Azmi, 54, akan mengadakan acara pertunangan itu di kediamannya di Ampang kira-kira pukul 6 petang dan diikuti solat Maghrib berjemaan serta majlis berbuka puasa.
Tambahnya lagi, desakan daripada anak-anaknya yang mahu melihat hubungannya dengan Eddie mempunyai ikatan yang lebih kuat membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertunang.
“Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.
“Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang,” ujarnya.
Raja Azmi swbelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara iaitu Jailani Sidek sebelum bercerai talak satu pada 27 Jun tahun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga. -mStar Online

Pasangan bertunang ahad ini berkhalwat dicekup




AMPANG - Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan pertunangan Ahad ini dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sebuah apartment, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju tidur dan seorang lelaki hanya memakai seluar pendek dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing,” katanya.