Pasangan bertunang ahad ini berkhalwat dicekup




AMPANG - Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan pertunangan Ahad ini dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sebuah apartment, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju tidur dan seorang lelaki hanya memakai seluar pendek dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing,” katanya.

Pasangan kekasih diserang ribuan lebah

 29 Julai 2013
PANTEGO - Sekitar 30,000 ekor lebah menyerang sepasang kekasih dan kuda padi mereka di Texas Utara dan menyengat haiwan peliharaan tersebut sehingga mati.
Akhbar tempatan, Star-Telegram melaporkan kelmarin bahawa Kristen Beauregard, 44, disengat 200 kali manakala teman lelakinya pula disengat sebanyak 50 kali.

Namun, dua kuda mereka, Chip dan Trump tidak dapat diselamatkan.
"Serangga itu mengejar kami dan mengekori kami," kata Beauregard berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Rabu lalu.
"Kuda-kuda itu menerima terlalu banyak sengatan dan mati," kata seorang doktor haiwan, Patricia Tersteeg.

Serangga itu turut membunuh lima ekor ayam dan menyengat anjing pasangan itu sebelum dihapuskan oleh pasukan bomba.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak pasti punca lebah-lebah itu keluar dari sarangnya.
Ujian juga sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada lebah itu merupakan lebah pembunuh atau lebah Afrika. - AP

 kosmo