Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Sehingga Hampir Mati


Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Sehingga Hampir Mati
Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Sehingga Hampir Mati - LONDON : Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.
Mereka disifatkan sebagai peramah.
Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu. – DM
Anda mungkin juga meminati:

Kanak kanak perempuan 12 tahun mati selepas kahwin

29 Mac 2013     KERENGGA 

HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.

Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.
Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.

“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.

Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. (Agensi)
-sabahkini-

Lelaki Mati Mengejut Ketika Curi Kereta

Seorang pencuri kereta jatuh rebah dan mati setelah berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu apabila menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta itu.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih hidup oleh seorang wanita ketika menghantar dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam khidmat pesanan ringkasnya berkata: “Kanak-kanak (anak wanita itu budak lelaki berumur tujuh tahun) yang ada dalam kereta itu menangis menyebabkan suspek yang berusia 47 tahun itu terkejut dan bertindak meninggalkan kereta tersebut di Jalan 12C/6, Setapak Indah dan berlari sejauh 100 meter sebelum dia rebah dan mati”.
Katanya, suspek turut mempunyai sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya sambil menambah suspek tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. sumber