Akaun FB pembunuh pegawai Ambank dikesan

October 27, 2013 

[POSTING KEMANUSIAAN]  ARDI HAMZA (PEMBUNUH) DAN ISTERI MENETAP DI KLANG  "Dalam kejadian pada pukul 6, Norazita 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya. Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.  *Menurut maklumat yang diterima melalui media elektronik, pembunuh (Ardi Hamza adalah seorang warganegara Indonesia dan mempunyai kad pengenalan palsu lengkap yang membolehkan dia membuka akaun Ambank- rujuk post Amenoworld) masih belum dapat ditangkap dan pihak polis masih dalam proses mencari pembunuh tersebut. Melalui siasatan crew kami di FB, pembunuh tersebut menetap di kawasan Klang iaitu Sri Bayu Apartment Bayu Perdana berdasarkan di wall isteri (Nurul Ayu juga seorang warganegara Indonesia) pembunuh tersebut.  Di atas kami sertakan link FB pembunuh itu dan link FB isterinya berserta maklumat tempat tinggal mereka (di bawah).  RUJUK: http://www.erapasca.com/2013/10/ardi-hamza-pembunuh-dan-isteri-menetap.html
 ARDI HAMZA (PEMBUNUH) DAN ISTERI MENETAP DI KLANG "Dalam kejadian pada pukul 6, Norazita 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal ...
Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.
 

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.
Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.
Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!
Sumber

Posting Komentar